Di sini pihak Kota Damansara Catering ingin mengucapkan....
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, terutamanya kepada para pelanggan kami.
Telah lama pihak kami tidak berkesempatan untuk mengupdate aktiviti di blog ini.
bukan kerana tiada tempahan, tetapi kerana tempahan yang tidak putus-putus
sepanjang beberapa bulan ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Kami juga ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang menghubungi kami melalui email,kerana ada daripadanya kami lewat memberi respons akibat kesuntukan masa untuk menjengah email, tetapi alhamdulillah, telah kami balas kesemuanya.
Sepanjang bulan Syawal ini, sekiranya anda berhajat untuk membuat rumah terbuka , pihak kami masih lagi mengambil tempahan ( bergantung kepada tarikh yang masih kosong)
Antara juadah hari raya yang kami sediakan :
1) Nasi Impit
2) Lemang
3) Pulut Kuning
4) Rendang Ayam
5) Rendang Daging
6) Laksa
7) Mee Kari
8) Soto
9) Mee Sup
10)Bihun Sup
11) Nasi Beriani
12) Dan sebagainya mengikut citarasa anda... Yang pasti... memang sedap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment