Selamat datang ke blog rasmi Kota Damansara Catering (KDC)...
Sekiranya anda tercari-cari hidangan melayu asli
untuk disajikan kepada para tetamu anda di majlis yang istimewa, di sinilah tempatnya.
Kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam mengendalikan
majlis Perkahwinan, Pertunangan, Tahlil, Doa selamat, Seminar, Hari Keluarga, Harijadi dan dll.
Dari majlis rasmi ke santai, sama ada dalam dewan atau konsep gerai di laman.
KDC bersedia merealisasikan majlis impian anda.....


Photobucket

*** Kepada para pelanggan yang dihormati,
Buat masa ini kami HANYA menerima minimum order sebanyak 150pax.
Kami tidak dapat menerima kurang daripada jumlah tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali
Harap maaf ***



ORDER FORM

*** Order form dibawah ini hanya untuk memudahkan pelanggan survey harga, harga sebenar akan dicapai setelah perbincangan terakhir dilakukan dengan pelanggan, harap maklum ***

Sila quote harga kepada saya bagi senarai menu / peralatan di bawah :
Nama:
No Telefon
Email Address:
Tarikh Majlis
Tempat Majlis
Bilangan Tetamu
Menu yang dikehendaki
Memerlukan peralatan katering? Ya
Tidak
Peralatan yang diperlukan: cth: Nyatakan peralatan yg dikehendaki serta kuantiti
Pertanyaan lain:

Showing posts with label Menu Jamuan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Menu Jamuan Hari Raya. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Job : MBPJ @ Open House



Salam semua...
Walaupun Syawal telah berakhir, tapi admin nak jugak tepek
gambar job yang kami terima di saat2 terakhir dibulan syawal.
Majlis Rumah terbuka Jabatan Kesenian dan Kebudayaan MBPJ ini telah diadakan pada 6 Oktober 2010 pada pukul 8 malam.
Meriah sungguh majlis yang dihadiri oleh staff2 MBPJ ini,
siap ada sesi nyanyian dari artis2 MBPJ.

Menu malam itu turut meriah.
Menu yang ditempah daripada pihak kami ;
nasi impit, lemang, rendang ayam, kuah kacang,sambal sotong, dan soto.
menu dari beberapa orang katerer yang lain, nasi lemak, satay, kambing golek, young tau foo, sup tulang, dan roti jala. meriah kan?
perasan tak... kalau MBPJ order dari kami...SOTO mesti tak tinggal...
kenapa, hanya mereka yang dah rasa saja yang tahu... betul tak?
bak kata sorang customer kami... " tak pernah jumpa sedap macam nie punya masak"
em.. rasa macam boleh jadi slogan pulak kata2 customer ni.

Oh ye, kepada customer yang telah membuat tempahan dengan kami, tetapi tiada gambar atau story di masukkan di blog ini... minta maaf byk2... sesungguhnya kami amat berterima kasih kerana membuat tempahan dengan kami, banyak gambar2 yang tidak sempat masukkan di sini, tapi tidak bermakna kami tidak menghargai anda.

terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kami.

ps: ini ada satu permintaan dari semua staff KDC utk big boss...(bukan dari tukang tulis blog ni je), open house sudah, kerja kawin pun sudah, job makin hari makin banyak yang masuk, pujian demi pujian dari customer pun boleh tahan (sampai tak larat boss nak senyum)... apa kata..... masuk tahun depan semua staff tukar baju baru....? murah rezeki boss......

salam ; )

Monday, October 4, 2010

Open House Lagi....

(Job @ Putra High)



Salam sejahtera....

Bahang open house masih lagi terasa
Dengar cerita.. Sabtu dan Ahad yang lepas trafic jam teruk
sekitar KL gara-gara open house sini sana
Pihak KDC sendiri menghadapi kesesakan lalulintas semasa proses penghantaran makanan
Tetapi, oleh sebab time management n planning yang bagus, makanan dihantar tepat pada masanya.(Our big boss En. Ismail concern about time... gerun kalau dia asik tengok jam kt tangan, mencicit kiteorang buat kerja... lawak jer ye boss.... ^_* )

update hari ini tentang open house hari Sabtu dan Ahad 2 & 3 Oktober

Sabtu, 2 Oktober 2010 :

1. Job at Taman Medan (100 orang)
- Nasi Impit
- Rendang Ayam
-Kuah Kacang
- Mee kari
- kuih karipap
- Tembikai

2. Job at Putra High (100 orang)
-Nasi Impit
-Kuah Kacang
-Nasi goreng cina
-Bihun sup
-samosa
-Tepung Pelita
-Air Sunquick


3. Job at Pinggiran Subang (180 orang)
-Nasi Impit
-Rendang Ayam
-Bihun Goreng
- Roti Jala
- Kuih Karipap


Ahad, 3 Oktober 2010

1. Job @ Rumah En. Syed Munif (280 orang)
- Nasi Beriani
- Ayam Masak Merah
- Dalca Sayur
- Acar
- Soto
- Nasi Impit
- Kuah Kacang
- Rendang Daging
- Sri Muka
- Karipap Ayam
- Buah-buahan
- Air Sunquick
- Teh Panas


Terima kasih semua...
Tahun depan open house, jangan lupa order lagi dengan kami ya ;)

ps : harap maaf, cuma gambar di Putra High saja yang sempat kami rakamkan





Wednesday, September 29, 2010

Job : MBPJ @ Rumah Kebajikan Insaniah



Majlis sambutan Hari Raya ini di kendalikan oleh MBPJ
pada 28 September 2010 yang dihadiri tetamu seramai 200 orang.
Program ini Bertempat di Rumah Kebajian Insaniah Petaling Jaya.

Terima Kasih kepada pihak MBPJ kerana mempercayai kami
menguruskan makanan dan minuman pada hari tersebut.
Terima kasih ;)

Menu pada program tersebut :
1) Nasi Impit
2) Rendang
3) Kuah Kacang
4) Lemang
5) Soto
6) Karipap
7) Kuih Tako
8) Bihun Goreng
9) Air Kordial

Job : Majlis Pertunangan dan Jamuan Hari Raya



Tahniah buat anak perempuan En. Aziz yang melangsungkan pertunangan
pada 25 September 2010 yang lalu.
Meriah sungguh majlis yang diraikan ini
Terima kasih kerana mengambil tempahan makanan daripada pihak kami

Menu yang di tempah untuk undangan seramai 300 orang ini adalah seperti berikut :
1) Nasi Impit
2) Rendang Ayam
3) Sambal Sotong
4) Kuah Kacang
5) Bihun Singapore
6) Mee Kari
7) Buah-Buahan
8) Air Kordial
9) Teh Panas

Terima kasih ya ; )