
Salam.....
kita layan lagi gambar...
Job dekat Kota Emarald, Rawang pada 10.10.10
Sebenarnya ini returning customer kami yang telah mengahwinkan anak perempuan beliau di Saujana Putra dulu ( please check entry terdahulu). Kali ini anak saudaranya pula.
Menu pada majlis yg dihadiri 1000 tetamu ini adalah;
Nasi putih, rendang ayam, masak lemak nangka + perut, Sambal tumis ikan bilis + petai, paru goreng berembah, rojak buah, buah-buahan dan air sirap limau.
memang kena menu mereka selepas open house sini sana.
dah naik jemu asik makan nasi beriani , nasi minyak masa open house...
sekali menu kampung macam ni... semua tetamu betul2 selera menikmati juadah yang kami sediakan.
Dengar cerita... masak lemak nangka + perut kami menjadi perbualan hangat. Ramai yang berulang2 dok ratah macam tu saja, lagi2 tuan rumah....
Ramai gak yang berhajat nak buat kenduri nak masak lemak nangka macam tu jugak.
dont worry... tukang masak dia orang yang sama. Kualiti akan tetap sama.
rojak buah kami pun laku... tak menang tangan dok potong buah, buah2 fresh tau... potong kat tempat majlis gak.. hampir 10 besen gaklah laku.... tengokla sape yang potong ( tukang tulis blog..huhuhu ) sebenarnya...kuah die yang sedap n terangkat...
Terima kasih tuan rumah... jangan lupa panggil kami lagi kalau nak buat kenduri ; )
ps: terima kasih juga kepada Tuan Haji Ya'kub kerana menempah makanan dgn KDC untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau pada 09.10.10. tq so much




