Selamat datang ke blog rasmi Kota Damansara Catering (KDC)...
Sekiranya anda tercari-cari hidangan melayu asli
untuk disajikan kepada para tetamu anda di majlis yang istimewa, di sinilah tempatnya.
Kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam mengendalikan
majlis Perkahwinan, Pertunangan, Tahlil, Doa selamat, Seminar, Hari Keluarga, Harijadi dan dll.
Dari majlis rasmi ke santai, sama ada dalam dewan atau konsep gerai di laman.
KDC bersedia merealisasikan majlis impian anda.....


Photobucket

*** Kepada para pelanggan yang dihormati,
Buat masa ini kami HANYA menerima minimum order sebanyak 150pax.
Kami tidak dapat menerima kurang daripada jumlah tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali
Harap maaf ***



ORDER FORM

*** Order form dibawah ini hanya untuk memudahkan pelanggan survey harga, harga sebenar akan dicapai setelah perbincangan terakhir dilakukan dengan pelanggan, harap maklum ***

Sila quote harga kepada saya bagi senarai menu / peralatan di bawah :
Nama:
No Telefon
Email Address:
Tarikh Majlis
Tempat Majlis
Bilangan Tetamu
Menu yang dikehendaki
Memerlukan peralatan katering? Ya
Tidak
Peralatan yang diperlukan: cth: Nyatakan peralatan yg dikehendaki serta kuantiti
Pertanyaan lain:

Wednesday, October 13, 2010

Job : MBPJ @ Open House



Salam semua...
Walaupun Syawal telah berakhir, tapi admin nak jugak tepek
gambar job yang kami terima di saat2 terakhir dibulan syawal.
Majlis Rumah terbuka Jabatan Kesenian dan Kebudayaan MBPJ ini telah diadakan pada 6 Oktober 2010 pada pukul 8 malam.
Meriah sungguh majlis yang dihadiri oleh staff2 MBPJ ini,
siap ada sesi nyanyian dari artis2 MBPJ.

Menu malam itu turut meriah.
Menu yang ditempah daripada pihak kami ;
nasi impit, lemang, rendang ayam, kuah kacang,sambal sotong, dan soto.
menu dari beberapa orang katerer yang lain, nasi lemak, satay, kambing golek, young tau foo, sup tulang, dan roti jala. meriah kan?
perasan tak... kalau MBPJ order dari kami...SOTO mesti tak tinggal...
kenapa, hanya mereka yang dah rasa saja yang tahu... betul tak?
bak kata sorang customer kami... " tak pernah jumpa sedap macam nie punya masak"
em.. rasa macam boleh jadi slogan pulak kata2 customer ni.

Oh ye, kepada customer yang telah membuat tempahan dengan kami, tetapi tiada gambar atau story di masukkan di blog ini... minta maaf byk2... sesungguhnya kami amat berterima kasih kerana membuat tempahan dengan kami, banyak gambar2 yang tidak sempat masukkan di sini, tapi tidak bermakna kami tidak menghargai anda.

terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kami.

ps: ini ada satu permintaan dari semua staff KDC utk big boss...(bukan dari tukang tulis blog ni je), open house sudah, kerja kawin pun sudah, job makin hari makin banyak yang masuk, pujian demi pujian dari customer pun boleh tahan (sampai tak larat boss nak senyum)... apa kata..... masuk tahun depan semua staff tukar baju baru....? murah rezeki boss......

salam ; )

No comments: