Lama sangat tidak update blog ini
Bukan bermakna kami tiada tempahan
Tapi kekangan masa sebenarnya membataskan update terbaru di sini
Rezeki kami untuk tahun 2011 bermula dengan sambutan tahun baru Di I-City
Dan selepas itu pelbagai tempahan yang kami terima
Tidak menang tangan untuk menerima segala tempahan apatah lagi untuk mencatat sesuatu yang baru di sini.
Sekiranya ada di antara tuan -tuan dan puan-puan tempahannya yang terpaksa kami tolak, mohon maaf sangat-sangat, bukan kami menolak rezeki yang datang, tapi faktor masa, kelengkapan, kakitangan dan pengangkutan membataskan kami menerima banyak tempahan dalam satu-satu masa.
Begitu juga dengan pengirim email yang tidak sempat kami balas... Mohon maaf daripada pihak kami. Untuk berurusan dengan cepat dan mudah.. kami sarankan call kami terlebih dahulu...
Job terbaru kami, Program Mesra Industri telah berlangsung pada 22 May 2011 di Dewan Sivik MBPJ. Kami berasa amat berbesar hati dan bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan Jamuan Program Mesra Industri buat kali ke-2 ini. Dan yang lebih membanggakan, julung-julung kalinya katering kami memasuki dewan yang berprestij di Petaling Jaya. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBPJ kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami mengendalikan majlis besar seperti ini. Syukur Alhamdulillah
Di sini serba sedikit gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa majlis jamuan makan malam Mesra Industri berlangsung...
BELAKANG TABIR : SETTING TABLE SEBELUM MAJLIS
BELAKANG TABIR : PENYEDIAAN MAKANAN
Masih banyak lagi kelemahan yang kami sedari terutama dari segi kelengkapan dan servis. Kami dari Kota Damansara Katering mengucapkan terima kasih di atas pujian yang diberikan dan dalam masa yang sama juga kami ingin momohan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan kami di dalam menguruskan jamuan makan malam ini. Kami berjanji akan melakukan penambahbaikkan dari masa ke semasa untuk mencapai tahap yang memuaskan hati pelanggan kami.... I'Allah....
No comments:
Post a Comment