Selamat datang ke blog rasmi Kota Damansara Catering (KDC)...
Sekiranya anda tercari-cari hidangan melayu asli
untuk disajikan kepada para tetamu anda di majlis yang istimewa, di sinilah tempatnya.
Kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam mengendalikan
majlis Perkahwinan, Pertunangan, Tahlil, Doa selamat, Seminar, Hari Keluarga, Harijadi dan dll.
Dari majlis rasmi ke santai, sama ada dalam dewan atau konsep gerai di laman.
KDC bersedia merealisasikan majlis impian anda.....


Photobucket

*** Kepada para pelanggan yang dihormati,
Buat masa ini kami HANYA menerima minimum order sebanyak 150pax.
Kami tidak dapat menerima kurang daripada jumlah tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali
Harap maaf ***



ORDER FORM

*** Order form dibawah ini hanya untuk memudahkan pelanggan survey harga, harga sebenar akan dicapai setelah perbincangan terakhir dilakukan dengan pelanggan, harap maklum ***

Sila quote harga kepada saya bagi senarai menu / peralatan di bawah :
Nama:
No Telefon
Email Address:
Tarikh Majlis
Tempat Majlis
Bilangan Tetamu
Menu yang dikehendaki
Memerlukan peralatan katering? Ya
Tidak
Peralatan yang diperlukan: cth: Nyatakan peralatan yg dikehendaki serta kuantiti
Pertanyaan lain:

Monday, March 29, 2010

Job : Program Gala Laman Budaya 1 @ MBPJ




DSC00067

Program berlangsung pada hari Sabtu 27 March 2010, bertempat di Taman Jaya




DSC00072

Hidangan untuk VIP




DSC00065

Hidangan untuk pihak media




Alhamdulillah untuk rezeki yang datang sepanjang bulan ini
Terima kasih kepada pihak MBPJ kerana sekali lagi memberi
kepercayaan penuh kepada kami untuk mengendalikan urusan
makanan dan minuman kepada para pengunjung dan juga
kepada tetamu terhormat pada hari itu.
Program yang julung kali diadakan ini dilihat
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Petaling Jaya.
Di harap pihak MBPJ sudi berkerjasama dengan pihak kami lagi.
Terima kasih diucapkan









Monday, March 15, 2010

Job : Nasi Tomato @ JAIS

Picnik collage

Terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan makanan
kepada 350 orang peserta.
Program Kembara Remaja Masjid ini telah di anjurkan oleh
pihak JAIS dengan kerjasama MBSA.
Semoga kita dapat bekerjasama lagi.
Terima Kasih









Wednesday, February 24, 2010

Job : Nasi Beriani @ Omron


Alhamdulillah untuk job kali ini
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami
Oleh kerana ini job pertama kami dengan pihak Omron,
kami memohon maaf kerana ada sedikit kekurangan yg tidak disengajakan
Rata-rata memberi komen positif terhadap masakan kami
Kesilapan yg berlaku akan kami jadikan iktibar untuk kami memperbaiki kelemahan yg ada di masa hadapan
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan



Saturday, January 23, 2010

Promosi Extravaganza

Pihak kami dengan berbesar hati mengadakan promosi hebat untuk tahun 2010.
Promosi extravaganza ini akan diberikan kepada mereka yang memilih pakej-pakej yang disediakan, dengan jumlah tetamu 1000 orang atau lebih, untuk tempahan sehingga june 2010
apa yang anda dapat?

.............. percuma............

kek 3 tingkat

atau

lauk makan beradab (8-12 orang)


promosi ini pastinya memberi lebih nilai untuk wang anda
jadi apa tunggu lagi
tempahlah sekarang!








Tuesday, January 5, 2010

Tip-tip merancang perkahwinan

  • Sebelum 6—12 bulan
    >>Tentukan belanjawan anda merancang keseluruhan perbelanjaan
    >> Menjalani kursus perkahwinan
    >> Mendaftar di pejabat kadi
    >> Menempah tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan

  • Sebelum 5 bulan
    >> Menempah jurukamera
    >> Memulakan program kesihatan dan diet seimbang
    >> Mengunjungi pusat andaman dan pelamin untuk membuat pilihan dan tempahan
    >> Merekabentuk/ menempah bunga telur dan barangan hantaran

  • Sebelum 4 bulan
    >> Merancang perbelanjaan/ menempah lokasi bulan madu
    >> Menyediakan senarai jemputan

  • Sebelum 3 bulan
    >> Menempah kad jemputan dan set khemah kanopi
    >> Mengunjungi pusat kecantikan
    >> Memilih pengapit dan pengiring
    >> Menempah pengacara majlis dan kumpulan kompang
    >> Memilih menu dan katerer (sekiranya tarikh majlis anda sewaktu cuti sekolah @ hari perayaan, anda dinasihatkan menempah 6 bulan lebih awal )

  • Sebelum 2 bulan
    >> Membincangkan perjalanan masjlis dengan terperinci
    >> Mengirim dan menghantar kad jemputan