Selamat datang ke blog rasmi Kota Damansara Catering (KDC)...
Sekiranya anda tercari-cari hidangan melayu asli
untuk disajikan kepada para tetamu anda di majlis yang istimewa, di sinilah tempatnya.
Kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam mengendalikan
majlis Perkahwinan, Pertunangan, Tahlil, Doa selamat, Seminar, Hari Keluarga, Harijadi dan dll.
Dari majlis rasmi ke santai, sama ada dalam dewan atau konsep gerai di laman.
KDC bersedia merealisasikan majlis impian anda.....


Photobucket

*** Kepada para pelanggan yang dihormati,
Buat masa ini kami HANYA menerima minimum order sebanyak 150pax.
Kami tidak dapat menerima kurang daripada jumlah tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali
Harap maaf ***



ORDER FORM

*** Order form dibawah ini hanya untuk memudahkan pelanggan survey harga, harga sebenar akan dicapai setelah perbincangan terakhir dilakukan dengan pelanggan, harap maklum ***

Sila quote harga kepada saya bagi senarai menu / peralatan di bawah :
Nama:
No Telefon
Email Address:
Tarikh Majlis
Tempat Majlis
Bilangan Tetamu
Menu yang dikehendaki
Memerlukan peralatan katering? Ya
Tidak
Peralatan yang diperlukan: cth: Nyatakan peralatan yg dikehendaki serta kuantiti
Pertanyaan lain:

Thursday, October 28, 2010

Job : MBPJ @ Program Mesra Industri

Tarikh : 23 Oktober 2010 ( Sabtu )
Masa : 8 Malam
Event : Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Program Mesra Industri
Tetamu : 200 orang
Menu : Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Dalca, Acar Rampai, Papedom. Oren, Air Sunquik


Terima kasih kepada MBPJ kerana memberi kami peluang mengendalikan
urusan makan dan minum pada malam tersebut.
Kami berusaha memenuhi segala permintaan dan bersungguh-sungguh
memastikan hanya yang terbaik dari segi makanan, dan service.
Terima kasih banyak-banyak.

Mari kita layan gambar....


dome

walaupun majlis bermula pukul 8 malam, pihak kami turun padang pukul 3 untuk setting table dan buat arrangement bagi memastikan majlis berjalan dengan sempurna.

Antara tetamu VIP yg hadir... Datuk Bandar MBPJ sentiasa meluangkan masa dengan program2 sebegini


dome1

Antara tetamu-tetamu yg hadir... kebayakkannya merupakan pemenang pada malam itu.

Artis yg menghiburkan tetamu pada malam itu... Maya Matahari


DSC00526

sempat lagi bergambar tengah sibuk2 tu... hehehehe


DSC00514

"Kami komited!!!:

Team kerja pada malam itu... separuh lagi lagi tiada dalam gambar... lain kali kita tangkap gambar ramai2.. kita jadikan gambar besar letak kat atas blog ni e ya, baru adil kan... hehehehe ; )



Wednesday, October 13, 2010

Job @ Kota Emarald, Rawang


Salam.....
kita layan lagi gambar...
Job dekat Kota Emarald, Rawang pada 10.10.10
Sebenarnya ini returning customer kami yang telah mengahwinkan anak perempuan beliau di Saujana Putra dulu ( please check entry terdahulu). Kali ini anak saudaranya pula.

Menu pada majlis yg dihadiri 1000 tetamu ini adalah;
Nasi putih, rendang ayam, masak lemak nangka + perut, Sambal tumis ikan bilis + petai, paru goreng berembah, rojak buah, buah-buahan dan air sirap limau.

memang kena menu mereka selepas open house sini sana.
dah naik jemu asik makan nasi beriani , nasi minyak masa open house...
sekali menu kampung macam ni... semua tetamu betul2 selera menikmati juadah yang kami sediakan.

Dengar cerita... masak lemak nangka + perut kami menjadi perbualan hangat. Ramai yang berulang2 dok ratah macam tu saja, lagi2 tuan rumah....
Ramai gak yang berhajat nak buat kenduri nak masak lemak nangka macam tu jugak.
dont worry... tukang masak dia orang yang sama. Kualiti akan tetap sama.
rojak buah kami pun laku... tak menang tangan dok potong buah, buah2 fresh tau... potong kat tempat majlis gak.. hampir 10 besen gaklah laku.... tengokla sape yang potong ( tukang tulis blog..huhuhu ) sebenarnya...kuah die yang sedap n terangkat...

Terima kasih tuan rumah... jangan lupa panggil kami lagi kalau nak buat kenduri ; )

ps: terima kasih juga kepada Tuan Haji Ya'kub kerana menempah makanan dgn KDC untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau pada 09.10.10. tq so much

Job : MBPJ @ Open House



Salam semua...
Walaupun Syawal telah berakhir, tapi admin nak jugak tepek
gambar job yang kami terima di saat2 terakhir dibulan syawal.
Majlis Rumah terbuka Jabatan Kesenian dan Kebudayaan MBPJ ini telah diadakan pada 6 Oktober 2010 pada pukul 8 malam.
Meriah sungguh majlis yang dihadiri oleh staff2 MBPJ ini,
siap ada sesi nyanyian dari artis2 MBPJ.

Menu malam itu turut meriah.
Menu yang ditempah daripada pihak kami ;
nasi impit, lemang, rendang ayam, kuah kacang,sambal sotong, dan soto.
menu dari beberapa orang katerer yang lain, nasi lemak, satay, kambing golek, young tau foo, sup tulang, dan roti jala. meriah kan?
perasan tak... kalau MBPJ order dari kami...SOTO mesti tak tinggal...
kenapa, hanya mereka yang dah rasa saja yang tahu... betul tak?
bak kata sorang customer kami... " tak pernah jumpa sedap macam nie punya masak"
em.. rasa macam boleh jadi slogan pulak kata2 customer ni.

Oh ye, kepada customer yang telah membuat tempahan dengan kami, tetapi tiada gambar atau story di masukkan di blog ini... minta maaf byk2... sesungguhnya kami amat berterima kasih kerana membuat tempahan dengan kami, banyak gambar2 yang tidak sempat masukkan di sini, tapi tidak bermakna kami tidak menghargai anda.

terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kami.

ps: ini ada satu permintaan dari semua staff KDC utk big boss...(bukan dari tukang tulis blog ni je), open house sudah, kerja kawin pun sudah, job makin hari makin banyak yang masuk, pujian demi pujian dari customer pun boleh tahan (sampai tak larat boss nak senyum)... apa kata..... masuk tahun depan semua staff tukar baju baru....? murah rezeki boss......

salam ; )

Monday, October 4, 2010

Open House Lagi....

(Job @ Putra High)



Salam sejahtera....

Bahang open house masih lagi terasa
Dengar cerita.. Sabtu dan Ahad yang lepas trafic jam teruk
sekitar KL gara-gara open house sini sana
Pihak KDC sendiri menghadapi kesesakan lalulintas semasa proses penghantaran makanan
Tetapi, oleh sebab time management n planning yang bagus, makanan dihantar tepat pada masanya.(Our big boss En. Ismail concern about time... gerun kalau dia asik tengok jam kt tangan, mencicit kiteorang buat kerja... lawak jer ye boss.... ^_* )

update hari ini tentang open house hari Sabtu dan Ahad 2 & 3 Oktober

Sabtu, 2 Oktober 2010 :

1. Job at Taman Medan (100 orang)
- Nasi Impit
- Rendang Ayam
-Kuah Kacang
- Mee kari
- kuih karipap
- Tembikai

2. Job at Putra High (100 orang)
-Nasi Impit
-Kuah Kacang
-Nasi goreng cina
-Bihun sup
-samosa
-Tepung Pelita
-Air Sunquick


3. Job at Pinggiran Subang (180 orang)
-Nasi Impit
-Rendang Ayam
-Bihun Goreng
- Roti Jala
- Kuih Karipap


Ahad, 3 Oktober 2010

1. Job @ Rumah En. Syed Munif (280 orang)
- Nasi Beriani
- Ayam Masak Merah
- Dalca Sayur
- Acar
- Soto
- Nasi Impit
- Kuah Kacang
- Rendang Daging
- Sri Muka
- Karipap Ayam
- Buah-buahan
- Air Sunquick
- Teh Panas


Terima kasih semua...
Tahun depan open house, jangan lupa order lagi dengan kami ya ;)

ps : harap maaf, cuma gambar di Putra High saja yang sempat kami rakamkan





Wednesday, September 29, 2010

Tempahan Jamuan Hari Raya

Di sini pihak Kota Damansara Catering ingin mengucapkan....
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, terutamanya kepada para pelanggan kami.

Telah lama pihak kami tidak berkesempatan untuk mengupdate aktiviti di blog ini.
bukan kerana tiada tempahan, tetapi kerana tempahan yang tidak putus-putus
sepanjang beberapa bulan ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Kami juga ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang menghubungi kami melalui email,kerana ada daripadanya kami lewat memberi respons akibat kesuntukan masa untuk menjengah email, tetapi alhamdulillah, telah kami balas kesemuanya.

Sepanjang bulan Syawal ini, sekiranya anda berhajat untuk membuat rumah terbuka , pihak kami masih lagi mengambil tempahan ( bergantung kepada tarikh yang masih kosong)

Antara juadah hari raya yang kami sediakan :

1) Nasi Impit
2) Lemang
3) Pulut Kuning
4) Rendang Ayam
5) Rendang Daging
6) Laksa
7) Mee Kari
8) Soto
9) Mee Sup
10)Bihun Sup
11) Nasi Beriani
12) Dan sebagainya mengikut citarasa anda... Yang pasti... memang sedap...